Jangan lepaskan perasaan kesal dan dendam anda dgn insan lain... fikirkan la sahabatku, masih ramai lagi insan lain yang kecewa dalam hidup ini tapi berani merangkak dan berdiri berjuang melawan kesakitan dan keperitan untuk terus hidup. tolong ingat pada insan-insan yang sayang akan kita jgn terlalu pentingkan diri sendiri. Hidup ni ibarat roda yang berpusing sekejab kita di atas dan sekejab kita dibawah, jangan ingat kita sentiasa di atas.. Mungkin ini ketentuan ilahi, aku hanya mampu berserah...aku menangis kerana tidak berkasut sehinggalah aku bertemu insan yang tidak berkaki..." usah kamu dongakkan di atas, tundukklah ke bawah, nescaya kamu akan merasai ada orang yang lebih susah darimu..,,
.**Untuk renungan bersama...
"Dari titisan airmata kita belajar MENGERTI,
Dari rasa khuatir kita belajar PERCAYA,
Dari rasa kehilangan kita belajar MENGHARGAI,
Dari rasa bersalah kita belajar MEMAAFKAN,
Dari sebuah harapan kita belajar BERJUANG,
Dari sebuah perjuangan kita belajar BERKORBAN,
Dari sebuah pengorbanan kita belajar KETULUSAN..."
MAHALKANLAH ungkapan-ungkapan CINTA dan RINDU yang sepatutnya dimahalkan agar ungkapan itu BERHARGA apabila sudah tiba masanya dan murahkanlah ungkapan-ungkapan NASIHAT dan PERINGATAN yang sepatutnya kalian murahkan kepada mereka yang benar-benar LAYAK.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan