Ahad, 21 Ogos 2011

Kanser Tulang Tahap 4 - Mak kat ICU HUSM 15 April 2011



Salam.. dah lama tak kemas kini blog aku ni... banyak kerja yg perlu di settelkan.. dah masuk 2 tahun tak jenguk kat blog ni...hari ni terbuka lak hati aku nak entry...hehee.. untuk kongsi pengalaman hidup aku bersama mak selama aku jg mak aku pengidap kanser.. Tahun 2011 ni banyak dugaan dalam hidup aku.. Mak aku yg kelihatan sihat setelah 4 tahun buang payu dara.. tertiba- tiba mengalami kesakitan pada tulang belakang leher .. entah kenapa kerap sangat kesakitan itu berlaku.. sampaikan tak boleh nak buat2 ape. Hinggakan terpaksa di masukan ke unit kecemasan.. bila doktor check,, doktor menyatakan sakit biasa.. tidak ade ape2 pun berlaku.. namun setiap masa mak aku merintis kesakitan.. Hanya injection ubat penahan sakit yg mampu untuk meredakan kesakitan.. setiap minggu aku akan hantar mak aku ke klinik swasta untuk di beri injection ubat tahan sakit,, dah beribu duit habis. Tapi sakit mak tak pernah nak hilang.. Aku bertekad untuk jumpa doktor pakar bg mengenapasti ape punca penyakit mak tersebut..

HUSM Kubang Kerian


Doktor pakar HSNZ refer mak ke Hospital Universiti Kubang Kerian pada 15 april 2011. doktor Pakar HUSM telah buat Xray menyeluruh ke atas mak aku..dunia aku bagaikan gelap gelita waktu tu.. Doktor telah mengesahkan mak aku sekarang dalam keadaan kritikal di sebabkan oleh KANSER TULANG pada tahap 4. Mak aku terus di masukan kedalam ICU.atas sebab tulang belakang leher telah reput...