Sabtu, 12 November 2011

Bot berhias di Sungai Nerus ( keratan akhbar Utusan Malaysia 11-11-11)

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
KUALA TERENGGANU 10 Nov. – Tepian tebing Sungai Nerus di Kampung Jeram Manir, dekat sini lazimnya agak sunyi. Namun ia bertukar menjadi pesta, sesak dengan ribuan pengunjung dan diterangi dengan lampu beraneka warna serta deruan enjin bot, baru-baru ini.
Buat julung kalinya, sungai yang suatu ketika pernah menjadi nadi kehidupan penduduk di sekitarnya dimanfaatkan bagi pertandingan bot penambang berhias sebagai acara kemuncak memeriahkan penutupan Sukan Rakyat Mega Dewan Undangan Negeri Teluk Pasu.
Pertandingan kelolaan Pejabat ADUN Teluk Pasu itu merupakan acara kemuncak program Sukan Rakyat Mega, yang paling meriah pernah diadakan di peringkat DUN.
Program Sukan Rakyat Mega digerakkan bagi menarik penglibatan seramai mungkin penduduk dan lebih menjurus ke arah mengeratkan hubungan pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat usia.
Melalui program itu, ia juga boleh menjadi wadah mengeratkan kerjasama berpasukan antara kepimpinan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, pertubuhan belia, jabatan kerajaan, agensi awam serta syarikat swasta.
Selain pertandingan bot berhias yang nyata mencuri tumpuan, acara sukan rakyat dimeriahkan dengan pelbagai pertandingan termasuk tarik tali, anyam ketupat, rakit darat, sepak raga bulat, boling kelapa, baling telur dan teka biji nangka.
ADUN Teluk Pasu, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said berkata, acara dianjurkan bukan semata-mata mahu meraih hadiah dan mempamerkan kreativiti, tetapi lebih daripada itu, ia adalah platform untuk menghidupkan tradisi sukan rakyat.
Katanya, ia dilakukan dalam usaha menyuburkan sukan dan kegiatan lain yang dikaitkan dengan tradisi dan menarik penglibatan generasi muda agar mereka menghargai dan merasai pengalaman bersama.
“Contohnya perarakan bot berhias. Tradisi ini sudah lama dan begitu tersohor dalam kalangan penduduk Terengganu satu ketika dahulu terutama pada perayaan tertentu atau hari kebesaran.

“Bot pernah menjadi pengangkutan penting di Terengganu. Perarakan bot berhias adalah acara orang kita, bukan ditiru dari negeri atau negara lain walaupun tidak sehebat perarakan bot berhias di Putrajaya atau Sungai Melaka,” katanya.
Upacara penutup program itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang jelas teruja dengan sambutan luar biasa masyarakat terhadap acara itu.
Turut menyaksikan perarakan tersebut ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri dan ADUN Tepuh, Muhammad Ramli Nuh.
Abdul Rahin mengakui program itu memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan idea kreatif untuk menghasilkan sebuah bot berhias yang mampu memukau kehadiran pengunjung.
Sebab itulah katanya, pihak penganjur mendapatkan kerjasama agensi kerajaan dan swasta bagi menampung sebahagian perbelanjaan serta bersepakat untuk tonjolkan persembahan untuk tontonan umum.
Agensi yang terlibat termasuklah Muzium Terengganu, Jabatan Perikanan, Jabatan Pertanian, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Pusat Giat Mara Kuala Nerus dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).
MCA Kuala Nerus turut serta dalam pertandingan dengan rekaan bot berhias bertemakan naga dan tanglung serta pertunjukan perahu berlampu daripada Persatuan Perahu Panjang Kuala Terengganu.
Mempertaruhkan tema ayam dan pasu warna emas telah membawa tuah kepada pasukan Teluk Pasu pada pertandingan perarakan itu yang muncul sebagai juara dan membawa pulang wang tunai RM5,000.
Sentuhan penduduk dua kampung iaitu Teluk Pasu dan Sekati itu dibuat selepas mengambil kira tema asal usul kedua-dua kampung itu yang berkait dengan penemuan pasu emas dan tempat ayam bertelur.
Dengan kerjasama jabatan angkat, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Petanian Malaysia (Mardi), kreativiti limpahan lampu warna-warni yang melingkari replika ayam betina yang bertenggek atas pasu besar menarik perhatian juri.
Pengurus pasukan Teluk Pasu, Mohd. Zali Zakaria berkata, pasukannya mengambil masa kira-kira seminggu untuk menyiapkan bot berkenaan termasuk hiasannya sekali dengan kos paling minimum.
“Untuk menghias, kami perlukan masa tiga hari iaitu melibatkan replika empat ekor ayam dan sebuah pasu besar. Kami bekerja keras menyiapkan bot berhias ini dengan bantuan Mardi,” katanya.
Tempat kedua dimenangi pasukan Kebor Besar dan Jabatan Perikanan yang membawa pulang hadiah RM4,000 manakala pasukan Jeram dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di tempat ketiga (RM3,000) dan keempat menjadi milik Bukit Petiti dan Pusat Giat Mara (RM2,000).
Turut memberi saingan ialah pasukan Kampung Kebor Air, Kebor Besar, Kesom, Petai Bubus, Tanjung Bunut, Bukit Petiti, Jeram dan Banggol Peradong.

Jumaat, 11 November 2011

10 Cara Membahagiakan Ibu-Bapa

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl


Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.


1.Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.


Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.


2.Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.


Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.


3.Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.


Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.


Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).


4.Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.


Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.


Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.


5.Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.


Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.


Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah?


Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.


6.Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.


Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.


Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).


Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.


7.Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.


Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).


Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.


8.Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.


Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.


9.Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.


10.Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.


Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).


Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.


Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.


Sepemergian mereka hanya doa dari anak-anak yang soleh dan solehah yang mengiringi mereka.

Isnin, 7 November 2011

GOLONGAN YANG DIMAKBULKAN DOA MEREKA

 Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
 
GOLONGAN YANG DIMAKBULKAN DOA MEREKA

1) Orang yang berada dalam kesusahan:-
“Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti menguasai bumi? Adakah sebarang Tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati.” (an-Naml:62)

2) Anak soleh yang taat kepada ibu bapa:-
Diriwayatkan daripada Umar r.a, bahawa baginda pernah berkata mengenai Uwais bin ‘Amir: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya): “Akan datang kepada kamu Uwais bersama rombongan dari Yaman. Dia pernah ditimpa sopak lalu dia sembuh melainkan satu tempat sebesar wang satu dirham. Dia memiliki ibu yang sangat ditaatinya. Jika dia berdoa pasti Allah S.W.T akan memakbulkan, jika boleh, kamu mintalah kepadanya agar didoakan bagi kamu.” (Riwayat Ahmad)

3) Ibu bapa kepada anak dan orang bermusafir:-
Nabi s.a.w bersabda melalui hadis bermaksud: “Tiga doa yang pasti dimakbulkan Allah iaitu doa seorang bapa (dan ibu), doa orang yang bermusafir dan doa orang yang dizalimi.” (Riwayat Abu Daud)

4) Orang yang berpuasa hingga berbuka dan pemimpin yang adil:-
Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka, iaitu doa seorang yang berpuasa hingga dia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi. Doa-doa mereka itu diangkat Allah ke atas awan, lalu dibuka pintu-pintu langit, Allah s.w.t akan berfirman: Demi kemulian-Ku, Aku akan menolongmu…” (Riwayat Tirmidzi)

5) Orang dizalimi:-
Nabi s.a.w bersabda kepada Muaz bin Jabal r.a ketika mengutusnya ke Yaman: “Takutilah kamu doa orang yang dizalimi kerana tiadalah sesuatu penghalang antara doanya itu dengan Allah S.W.T.” (Riwayat al-Bukhari)

6) Doa seseorang muslim buat saudaranya tanpa diketahuinya:-
Umm Darda’ r.a meriwayatkan hadis, bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang berdoa untuk saudaranya di belakangnya (tanpa pengetahuannya), maka malaikat yang diwakilkan kepadanya akan berkata, amin dan bagimu sama dengan apa yang kamu mohonkan itu.


Ahad, 6 November 2011

Kenduri Kesyukuran Dan Akikah

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
 
Salam sejahtera buat sahabatku..Buat pengunjung Blog aku, hari ini aku seharian kat rumah abg aku yang sulong.. sebab ada kenduri kesyukuran dan Akikah untuk cucu sedara aku.. semua famili aku berkumpul di rumah abang aku hari ni.. Aku terpaksa bawa mak aku sekali ke sana.. coz kalau tinggal kt rumah nanti tak ade lak org nak jaga..macam-macam ragam dan kerenah anak2 sedara aku..bila dah berkumpul semua. Saat nilah yg boleh aku jumpa semua ahli keluarga aku.. kalau tak pasal ade kenduri, jangan haraplah nak jumpa diaorang semua. Kebanyakan famili aku dari petang semalam lagi dah berkampung kat rumah abg aku , tapi aku just pergi ke sana jer semalam tengok ape2 yang patuh aku leh tolong.. tp semua dah selesai.... pergi sana goyang kaki jelah..hehehe.. walaupun ade sesetengah adik beradik aku tak suka aku.. tapi aku buat tak tau jer...







mak aku duk rehat jerlah... nak bangun tak bole..

tetamu





famili aku


acar timun

Gulai Kambing



Nasi beriani

Ayam Goreng Berempah
untuk renungan bersama..
"Apabila salah seorang di antara kamu makan, hendaklah dia makan dengan menggunakan tangan kanannya dan apabila dia minum hendaklah dia minum dengan menggunakan tangan kanannya kerana sesungguhnya syaitan itu, dia makan dengan menggunakan tangan kirinya dan minum juga dengan menggunakan tangan kirinya." (Hadis riwayat Imam Muslim).
 "Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesungguhnya Allah mengurniakan kepada sesuatu kaum itu nikmat yang kekal berada bersama mereka selagi digunakan untuk menunaikan hajat mereka yang memerlukan . Apabila mereka ini berpaling daripada berbuat sedemikian maka Allah akan pindahkan nikmat tersebut kepada kaum yang lain pula.” RiwayatTabrani

Sabtu, 5 November 2011

Lawatan Ahli Parlimen Kuala Nerus

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
Dato Nasir dan isteri
 Salam sejahtera.. jutaan terima kasih tidak terhingga buat Ahli Parlimen Kuala Nerus Dato Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fitri dan Famili Kesudian datang kerumah melawat mak.. Rase terharu sangat atas kesudian beliau sanggup datang untuk melihat sendiri keadaan mak. Beliau betul- betul berjiwa rakyat.. kagum dengan sikap seorang pemimpin seperti beliau walau pun sibuk dengan tugas beliau , beliau masih sudi meluangkan masa untuk berkunjung kerumah melawat keadaan mak. Terima kasih juga kepada wartawan dari  Stesen Tv Al Hijjah .









Untuk renungan bersama...
ku lebih RELA ditinggalkan dengan KESEDIHAN oleh mereka yang aku sayang daripada aku meninggalkan mereka yang menyayangiku dan menyebabkan insan-insan itu bersedih kerana pemergianku….aku tahu betapa peritnya perasaan itu untuk ditanggung kerna aku MELIHAT sendiri ianya berlaku dan aku sendiri pernah merasai kedua-duanya. Sedih meninggalkan orang yang disayangi itu tidak setanding sedih apabila ditinggalkan oleh insan-insan tersayang…Justeru, sebelum insan-insan ini pergi meninggalkan, HARGAILAH mereka sebaiknya. InsyaAllah..